Kata-kata Aluan Guru Utama
Petikan dari Buletin SHPP Edisi Kedua keluaran 15 Ogos 1998.
Assalamualaikum wm.bt.
Syukur kepada Allah S.W.T, dengan izinNya jua kita berpeluang bertemu sekali lagi untuk keluaran edisi kedua ini. Di sini saya ingin mengimbas kembali tentang perjuangan kita dan apakah yang kita perjuangkan selama ini.
Seni Silat Helang Putih Perkasa wujud atas satu matlamat, iaitu kita ingin menjadikan perguruan ini sebagai satu landasan untuk kita berjuang dan mengabdi diri kepada Allah S.W.T. Selain daripada itu, ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk menabur bakti sesama umat manusia berteraskan ungkapan keramat
“Mengabdi diri kepada Ilahi
Menabur budi kepada insani”
Ini lah matlamat perjuangan kita dan ini lah jihad kita sebagai ahli Seni Silat Helang Putih Perkasa. Atas dasar ini jugalah, maka setiap apa yang kita lakukan wajib mematuhi segala perintah Allah S.W.T dan rasulNya serta meninggalkan segala laranganNya.
Justeru itu, segala titik peluh dan susah payah kita semasa belajar dan mengajar silat, insyaAllah diharap dapat diterima sebagai ibadah dan pengabdian kita di sisiNya.
Selain itu, perguruan kita juga turut menerima kemasukan ahli-ahli yang bulan beragama Islam dimana ia menjadikan Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa sebagai titian yang menghubungkan silaturrahim sesama insan


January 28th, 2009 at 7:03 pm
Alhamdulillah. Sememangnya perjuang yg dimaksudkan adalah perjuangan yg sebenar dan wajib bagi setiap individu muslim. Semoga SHPP terus maju dan makmur.
Reply
February 13th, 2009 at 11:39 am
ada persamaan dgn helang putih malaysia x?
tolong jelaskan
Reply
admin Reply:
February 13th, 2009 at 2:22 pm
Salam Laksamana,
Helang Putih Perkasa Sarawak tiada kena mengena dengan Helang Putih Acheh mahupun Helang putih Malaysia.
anda boleh lihat latar belakang kami di sini
Reply
February 22nd, 2009 at 9:15 am
Assalamualaikum
Reply
March 23rd, 2009 at 10:54 pm
Alhamdulillah.. syabas kpd saudara/saudari yg merealisasikan website tok.. salah satu hasrat yg kesampaian.. mudah2an dgn adanya website tok akan lebih memudahkan saudara2 kita dimana2 berhubung, memberi komen, pandangan, cadangan dsb..
1 cadangan : kalau boleh ruangan comment tok dipindahkan ke ruangan utama (ruangan comment shj).. bukan dalam ruangan WARKAH GURU..
Reply
admin Reply:
June 5th, 2009 at 7:00 pm
thank you S.Azmee… susah kit. la nak indah ruang komen tok ke ruang utama.. kelak gik miker cemne nak ngkah komen rah ruang utama.. =)
Reply
May 16th, 2009 at 8:20 pm
nk anye…
silat helang putih perkasa sama ngn helang putih malaysia x???
Reply
admin Reply:
May 17th, 2009 at 12:15 am
tak sama… tak sama lansung. lansung tak sama… :p
Reply
June 5th, 2009 at 12:08 pm
~Salam~nk tanye ckit~RSS dan Seni Silat Helang Putih nieh ade beza x?~means perbezaan mereka dari segi apa? like naungan or perguruan yg laen2~ or even in one roof~
Reply
admin Reply:
June 5th, 2009 at 6:58 pm
Salam… RSS= Rumpun Silat Sarawak. sama fungsi macam PESAKA. Silat Helang Putih Perkasa hanya sebuah perguruan di bawah naungan RSS, seperti perguruan Silat Cekak atau Silat Gayung di bawah naungan PESAKA negeri masing2.
Reply
white eagle Reply:
July 1st, 2009 at 12:45 am
tahniah diucapkan kepada Helang Putih Perkasa agar laman ini memberi inspirasi kepada seluruh warga Helang Putih Perkasa sarawak dalam memperjuang martabat bangsa, agama dan negara…..
Reply
August 26th, 2009 at 4:00 am
assalamualaikum kpd semua keluarga helang putih perkasa.sik kira cney tempat ktkorg.smg sihat.
kmkorg warga helang perkasa cawangan rajang mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.semoga ramadhan kali tok banyak memberi pengertian dalam kehidupan kita semua.insyaallah….
Reply
November 25th, 2009 at 7:51 pm
Salam.. Boleh sik sent gambar ayahanda Guru Utama wearing a turban/serban? Coz kamek nak simpan.. plzz…
Reply
admin Reply:
April 22nd, 2010 at 6:22 pm
kelak mek carik… setakat tok sekda soft copy.. hard copy jak ada…
Reply
December 8th, 2009 at 2:22 am
Assalamualaikum.
Macam mana cara sy nk joint.
Ada kelas kat sekitar Shah Alam @ Klang tak?
Reply
March 4th, 2010 at 12:36 am
asalamuanlaikum tok guru…………..
Reply