A Recent Visit to Gelanggang Perth

Leave a Comment

Kata-kata Aluan Guru Utama

Petikan dari Buletin SHPP Edisi Kedua keluaran 15 Ogos 1998.

Assalamualaikum wm.bt.

Syukur kepada Allah S.W.T, dengan izinNya jua kita berpeluang bertemu sekali lagi untuk keluaran edisi kedua ini. Di sini saya ingin mengimbas kembali tentang perjuangan kita dan apakah yang kita perjuangkan selama ini.

Seni Silat Helang Putih Perkasa wujud atas satu matlamat, iaitu kita ingin menjadikan perguruan ini sebagai satu landasan untuk kita berjuang dan mengabdi diri kepada Allah S.W.T. Selain daripada itu, ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk menabur bakti sesama umat manusia berteraskan ungkapan keramat

“Mengabdi diri kepada Ilahi
Menabur budi kepada insani”

Ini lah matlamat perjuangan kita dan ini lah jihad kita sebagai ahli Seni Silat Helang Putih Perkasa. Atas dasar ini jugalah, maka setiap apa yang kita lakukan wajib mematuhi segala perintah Allah S.W.T dan rasulNya serta meninggalkan segala laranganNya.

Justeru itu, segala titik peluh dan susah payah kita semasa belajar dan mengajar silat, insyaAllah diharap dapat diterima sebagai ibadah dan pengabdian kita di sisiNya.

Selain itu, perguruan kita juga turut menerima kemasukan ahli-ahli yang bulan beragama Islam dimana ia menjadikan Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa sebagai titian yang menghubungkan silaturrahim sesama insan

Comments (16)